Thursday 14 August 2014

TAPAK PERHIMPUNAN BARU - LAPANGAN PPDa

Tapak perhimpunan SK Kidurong 2 baru sahaja siap dibaikpulih. Daripada dibiarkan kosong begitu sahaja, pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk menggunakannya sebaik mungkin. Ditambah dengan daya kreativiti guru-guru SK Kidurong 2 maka terhasil satu lagi medium dalam menyampaikan mesej SEKOLAH BEBAS DADAH.
 Tapak perhimpunan sekolah ini telah diberi nafas baru dan diberi nama Lapangan PPDa.



                                        












Andai kata ada yang terbang di langit biru dengan kapal terbang mahupun helikopter, dialu-alukan mengambil gambar...hehe!

Sunday 10 August 2014

PENILAIAN PPDa PERINGKAT BAHAGIAN

Pada 7 Ogos 2014 yang lalu, penilaian  Pertandingan Laluan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat Bahagian telah diadakan. Panel penilai terdiri daripada Encik Abdul Rahim bin Harmi daripada Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Bintulu, Encik Jaifurizan Jaafar dari SMK Baru Bintulu dan Encik Afendi Soon dari SK Asyakirin.