Sunday 13 April 2014

MESYUARAT 1/2014: PERTANDINGAN ANUGERAH PPDa PERINGKAT BAHAGIAN BINTULU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 10 April 2014 yang lalu, satu mesyuarat kali pertama untuk Pertandingan Anugerah PPDa Peringkat Bahagian Bintulu telah diadakan di Bilik Mesyuarat SK Kidurong 2.

Mesyuarat ini dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Pelaksana pertandingan ini. Pada mesyuarat ini setiap guru diberikan tugas masing-masing bagi melaksana serta memastikan setiap perkara berjalan dengan lancar.

Surat pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Pelaksana turut diserahkan kepada guru.


Misi sudah bermula...!

Taklimat diberikan oleh Puan Nazuha selaku penyelaras.


AJK Pelaksana yang hadir

Mendengar taklimat



Perbincangan strategi ... :)

Guru-guru komited selaku AJK Pelaksana


Semoga setiap perkara yang dirancang akan terlaksana dengan jayanya.
Selamat menjalankan tugas kepada semua guru. :)